Both Of Us
2RK in remember .
Jumaat, 22 November 2013 • 1:33 PG • 0 comments






Ehem ehem . Hi there . See the picture above ? Oh yeah . Aku terlalu rindukan 2RK . Err , 2RK rindu aku tak ? Hiks . Mengadaaaaaa xD Hahaha . Eh ? Okayyy -,-

Sekarang dah cuti sekolah dah pun . Tiba tiba teringat dekat kelas , bisingnya , bersepahnya kelas tu . Dekat kelas tu lah , aku dapat timba bermacam macam kenangan . Suka dan duka , tangisan dan ketawa :') Kitaorang umpama adik beradik yang sangat rapat , saling menyokong antara satu sama . Yaa , tipulah kalau kadang kadang tu takpernah berselisihan faham . Itu jugalah yang menjadikan kami saling memahami . 

Okay okay . Aku yang bercerita tentang ahli ahlinya pulak .

Mr. Hanin yang comel lottewww :)
Peace yaa ? Hahaha , ini guru kelas 2RK . Macam comel je . Macam comel je . Oh yeah , beliau memang shomell puns xD Sepanjang beliau jadi guru kelas ni , jarang sangat nampak beliau marah . Okay okay , kami tahu kami selalu buat hal kan ? Tapi , entahlah . Beliau sporting orangnya . Seorang yang senang dibawa berbincang . How we wish , yang sir jadi guru kelas kami lagi next year . Hmmmm .

   
Azreen
Heyyyoooouu . Ini siapa ? Oh , ini Azreen . Nama manja yang kitaorang as classmate panggil dia Ayen . Dia ni leader kami . Apa itu ? Senang cerita , ketua kelaslah . Sepanjang dia berkhidmat ni .. Ecececece -.- Alhamdulillah , dia seorang yang bertanggungjawab ke atas anak anak buahnya . Seorang yang ada gaya , ada X , ada segalanyaaaa :3 Annoyying betul aku ni -,- Teruskan khidmat anda pada tahun hadapan yeeee xD

Nur Hamizah ? Sebelah kiri .
Haish , Miza mizaaaaaaa :3 Penat taudakk aku cari gambar kau yang sorang sorang . Cari punya cari , tarak tahu ? Hmm , sokaylah . Yang ni senang sikit aku nak mentionkan kau yang mana :') Who's she ? Nama dia Nur Hamizah . Assistant kepada Azreen . Walawehh , macam sweet je . macam sweet je xD Mampuih aku kalau dorang baca nih . Miza ni , ada satu benda yang orang akan tertarik dekat dia . Apa ? Sikap gelabah dia . Hiks , serious pulaaaaaaa xD Pantang dicuakkan sikit , menggelabahnya bukan main . Hahaha , apapun ..terima kasih ya ? Kau telah jalankan tugas yang baik sebagai penolong kelas 2RK :*

Afif Hazwan // Hazim Hassim
Hoi hoi hoyya hoii . Okay , itu mereka . Siapa mereka ? Afif dan Hazim . Oh yeah ! Gilaa dok aku ni -,- Okay okay . Afif ? Oh dia nih . Peminat nombor satu Chelsea . Peminat tegarlah senang cakap . Masuk kelas , duduk atas kerusi , belajar dan balik sekolah pun tetap dengan Chelsea dia tu . Dalam banyak banyak mata lelaki 2RK nih , mata Afif nilah yang aku suka usha . Why ? Melentik woooo xD Hahahaha . Hazim yaa ? Hmm , sekali pandang , sikap gentlemen dia tu.. mak haihh . Jangan ceritalah :3 Hahaha . Oh oh yaa , dia ni pandai melukis tau . Kalau agak agak nak lepas band untuk PSV tu , rasuah je si Hazim ni..biar dia yang buat xD

Redwan // Izzani
Hogga hogga . Siapa tu ? Siapa ni ? Cehh , tiba tiba teringat dekat cerita Sepah The Movie lah pulaaaa -,- Inilah mereka . Adik dan abang yang sweet . Hiks . Redwan ? Seorang yang sporting gila ah . Memang gila pun dia nih . Nak tahu ? Sehari dalam kelas tu , kalau tak dengar suara dia bercakap..mak haihh , tak sah weh . Pehhh --' Dia jugalah yang banyak membantu dalam penghiasan kelas kami tu xD Izzani pula ? Hmm , apa yaa ? Satu fakta yang menarik pasal Izzani ni ialah bunyi bersin dia lain dari yang lain . Bila dia nak bersin je mesti ada yang menyelah dulu "Reload..reload" Hahaha . Hebat kan ? Macam bunyi senapang sudeeehh .

Ain Arina // Nur Najwa
Hi girls . Okayy , Cun mereka ni . Siapa Ain ? Oh , dia ni hyper active orangnya dalam kelas . Kalau boleh , semua orang dia nak ditegurnya kan ? Oh nooooo . Oh ya , hampir terlupa . *bisik* Dia ni ada skandal dengan Hafizhan tau . Hiks xD Nur Nur Nur ? Haiii ~ Siapa Nur ? Cahaya lah :D Sakai much aku ni -,- Dia ni pendek pendek . Comel lottew gituuuuu . Satu benda yang kena amik perhatian disini , dia ni kalau pandang orang , slek je tahu ? Kadang kadang rasa diri ni ada buat salah je . Padahal takpunn . Hobi dia kot 

Syamil // Mahathevan
 Hoi hoii . Apa yang korang pandang tu haaa ? Haihh , gambar ni pun aku jumpa dekat facebooknya Shahirra . Kalau tak , punyalah susah aku nak mencarinyaaaa -.- Hey hey heyy , jauh pula aku menyimpang . Syamil ? Kalau nak cerita pasal dia ni , sampai besok pun belum tentu lagi habis mehh . Fakta tentang syamil ? Dia ni kaki tidur dalam kelas . Sekali dia badmood , ribut taufan pun takut nak datang . Tapi kalau sekali dia in a goodmood..mak haihh , takpayah cakap lerr :3 Thevan ? Hmm , sebut pasal Thevan tiba tiba jadi sedih . Kenapa ? Katanya , next year dia pindah . Hmm , kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau . Satu benda yang menarik pasal Thevan ni , aku suka kalau dia speaking . Macam best je bila dengar . Hiks , pape tahh --'

Zairi // Shukur
Oh , say hi to both of them :') Hahaha , sekali tengok gambar ni macam lawak je . Mana tak nyaaa , semuanya disnap tanpa dirancang . Kira macam candid ah tuu -.- Siapa mereka ? Okay , itu Zairi atau lebih dikenali sebagai Jerry . Alaah  dalam cerita Tom & Jerry tu . Cehh , melalut dah aku nih -.- Nak tahu tak ? Dalam kelas , Jerry ni punyalah pendiam macam takda buat salah je . Last last , dekat facebook..fuh ! Kemain lagi dia yeee ? Macam taiko besar KL Gangster tahu ? Takpadan dengan kecik langsung xD Shukur ? Alhamdulillah . Eh , takpayah nak merepeklah thini --' Siapa yang tak kenal dengan anak Hamizan ni kan ? Atlet sekolah . Asyik tak masuk kelas jee kerjanya . Maklumlah , anak kesayangan cikgu cikgu :D Jujur ah , kalau aku tengok muka Shukur je kan , mesti nak tergelak . Hahahaha , taktahu ah apa yang lawaknyaaa xD

Baju oren ? Itu Mursyidah :)
Fuh fuh fuh . Abang handsome sudah mariiii xD Hahaha . Siapakah gadis melayu terakhir ni ? Puihh . Hahaha . Nama dia Mursyidah . Selalu je kitaorang bahan dia 'Mursyid' . Kan ke sweet namanya tuuuuu :p Syidah ? Hmm , gangster oh . Wkwkwkwk . Dalam kelas , dia nilah yang setia menemani aku . Ececece , takboleh blah . Tapi , serious ah . Tengok dalam gambar tu , duduk pun 'ayu' je kan ? Melting guaaaaa :D

Hafizhan
Haaaaaa , anda masih ingat dengan dia ? Laaaa , lupa ke ? Kan aku ada cakap tadi yang Hafizhan tu skandal Ain . Haaa , iyalah . Inilah Hafizhan . Hahahaha , dah dah . Takpayah nak gelak sangatlah , thini oii -,- Pijan ? Err , dia ni memang genius subjek Math ah . Genius gilaaaa . Takpayah cakap ah . Kalau bercakap dengan dia ni , serupa cakap dengan batu je . Bukan apa , dia bukannya ada perasaan pun . Takda ekspresi muka pun . Haih haihh :3

Nizam // Harris
Eheem ehemm . Semangat DARIH siaaaaa . Hahaha , takpa takpa . Gua tahu lu orang ahli SLAD . Gua pun samaaa . Cettt -_____-Yaaa , itu Nizam and Harris . Ahli kelab 2RK . Cehh , kelab bagaii . Puihh :3 Nizam ? Err , dia nilah yang paling banyaaaakk tanya soalan dekat cikgu cikgu . Sikit sikit dia jeee . Lagi lagi time subjuk PAI . Tapi , alhamdulillah lah kan ? Bukan senang nak dapat anak murid cenggini -____- Harris oh Harris . Cehh , macam apa je aku nih -,- Harris ni pulak ? Seorang yang pandai melukis jugak macam Hazim . Nak tahu ? Cikgu PSV siap cakap "Setakat ni , saya rasa Eirfan sorang je yang layak dapat band 6" Pehhh , ayat diaaaaaa . Untung ah untung xD

Shafieeeee
Apahal kau senyum senyum haaa ? Erk , apa kena dengan aku ni -,- Okay , abaikannn . Siapa dia ? Nilah diaa , bestfriend sehidup semati Redwan . Shafie Tasrip nama dia . Lebih dikenali sebagai Pie . Dia ni , kalau Redwan tak datang sekolah , kesian aku tengok si Pie nih . Sorang sorang je diaa . Hiks xD Kadang kadang aku pelik jugalah dengan dia nih . Mana taknyaa , muka innocent je . Hahahaha xD

Nabila // Thillah // Shahirra
Phewwwwww . Tiga orang gadis . Ecececeh xD Mereka ni kawan baik sejak aku masuk 2RK ni lagi . Gilaa betul dengan dorang punya Kpop tuu . Bangun tidur sampailah nak tidur pun Kpop jugaa . Eh ? Hahaha . Nabila yee ? Dia ni dalam kelas , diam je orangnya . Bercakap bila perlu . Eh , tapi itu dengan aku jelah . Seorang yang menjaga tata tertibnya :') Eleleleelel . Hiks . Thillah ? Dia ni , kalau tak silap aku ada mixed Chinese . Kalau tak silaplah tapinya . Seorang yang malu malu tapi mahu . Hahaha . Shahirra pula ? Hahahaha , dia ni gelak nombor satu . Suara dia jelah yang dengar dalam kelas tu xD She is the tallest girl in that class . Bangga ah ni ? :3

Jega
Haaaaa , ini olang haaa . Manyak smart woo . Hahaha xD Siapa dia ? Nama dia Jega . Kononnya macho ah tu posing macam tuu haaa :p Hahaha . Dia ni seorang yang bijak . Yang tu takpayah diragu ragu lah kan ? Dia ni pun macam Thevan . Aku suka bila dengan dia speaking . Eh ? Hahahaha , itulah kejujuran yang sebenarnyaaa --' Abaikan kayy .

Between Afif and Izzani ? Itu Aliff
Ehem ehem . Apa dating dating tu yeee ? Oh , tak cakap pun ada skandal kan ? Takpa takpaaaa . Err , siapa dia ? Nama dia Aliff Husni . Atlet sekolah dalam sukan memanah . Jauh jugaklah dia pergi untuk memanah ni . Tabik spring sikitt . Sikit kay sikit . Dalam pada dia sibuk dengan sukan  pelajaran dia pun the best wooo . Antara pelajar pintar dalam kelas kami xD Tahniah tahniah yeeee .

Fikry // Putra
"Hai gadis gadis . Kami berdua jejaka idaman malaya ." Pehhh , takbernafas aku . Hahaha , gurau gurau . Serious . Gambar ni smart mehh . Nampak macam abang dengan adik je kan ? Yelah , sama sama kecik molek je badannyaa . Fikry ? Err , rasa pelik pula . Nama dia Fikry Hakim tapi lebih famous dengan nickname Net . Kenapa net ? Maybe 'Kenit' . Agaknyalah . Dia ni , nampak je kecik tapi mulutnyaaaa..alahaii . Oh ya , makcik DM asrama kami gelarkan dia 'Tegar' yang penyanyi tu . Oh yeah ! Putra ? Haaaa , anak raja marii . Kihkihkih xD Kitaorang semua panggil dia 'Putek' . Tolong jangan tanya sebab apa yee . Aku sendiri pun taktahu . Putek ni time awal tahu dulu punyalah pemalu alah alah kucing betina . Masuk je pertengahan tahun . Mak aihh , taiko bukan main xD Dah pandai berbidas kata pula tuu .

Ahnaf
Ecececece , smart woii . Siap pakai baju melayu lagi tuu noooo xD Hahaha . Siapa dia ni ? Oh , dia Ahnaf . Dia ni kan sebenarnya pendiam je dalam kelas tu . Susah benor nak bergerak dari tempat duduk dia tu . Tapi , jangan main main wooo . Pandai tahu ? Anak cikgu lah katakan :')

Baju merah ? Itu Afiq
Hmm  hai hai . Huish , susah jugalah nak cari gambar si Afiq nih . Takpalah , dah dapat dah pun kan ? Alhamdulillah . Eh ? Suka hati aku lerr -,- Afiq ? Oh , dia ni sangatlah pendiam orangnya . Muka nampak bedu bedu je tapi jangan main main . Periksa akhir tahun 2013 ni , dia dapat nombor satu dalam tingkatan tahu ? Haaaaa , hebatkan kawan aku . Cehh , beria je aku ni :3

Yang baca buku terbalik tu ? Anwar namanyaa
Hellloooooooooo . Okay , agak meroyan -,- Redwan ? Sana sikit ah . Semak tahu ? Ekekeke xD Okay . Sebelah Redwan itu Anwar namanya . Sebenarnya , aku agak confuse macam mana nak eja nama dia . Ingat tak ingat je -,- Takpalah . Asalkan bunyinya sama sudah lah kan ? Heeeeee' Dia ni tak kurang pandainya jugak mehh . Muka je nampak bedu bedu . Jangan terkejut ah kalau dia senyum . Tahu tahu je cleaner sekolah tu pun melting . Cissss :3

Yang angkat muka tu ? faizatul namanyaa
Hai bendahari kelasssssssssss xD Cehh , tahu ah kau yang pegang duit kelas ni . Apa kena dengan aku ni ? Hmm , okay abaikan :3 Dia ni dalam kelas sopan je . Ecehh , sebenarnya takdalah sopan mana . Satu satunya perempuan yang pakai tudung labuh dalam 2RK . Kiranya Ustazah pilihan lah ni yeee xD Cun kay cunn .

Fathini Hadheera :)
Haaaaa , inilah saya . Fathini Hadheera nama dia . Cun kan dia ? Cehh , perasan woii . Hahaha , takda apa yang menarik tentang aku untuk dicerita . Oh ya , aku nak minta maaf kalau kalau apa yang aku tulis tu buat korang terasa or anything lah yeee ? Harap dapat dimaafkan . Hanya untuk suka suka sajaa mehh :') Aku berdoa dan berharap agar persahabatan kita kekal hingga ke akhirnya . Aku bersyukur kerana Allah telah mempertemukan aku dengan sahabat sahabat ini . Terima kasih , kawan kawan :)



Welcome to my blog, dearest stalker. You're on Thini's Planet. So, please be nice here and follow me if you like to. Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back. Enjoy your trip, darling.

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana | Nissa
Owner: Hadheera