Both Of Us
Makhluk halus ? Allah juga yang cipta :)
Jumaat, 21 Jun 2013 • 9:32 PG • 0 comments



Assalamualaikum . Hello semua . Berjumpa lagi kita ya ? Alhamdulillah , umur masih panjang . Nampak tittle di atas bukan ? Aku ada story ni . Siapa yang rasa dia tak sanggup nak baca , you can just skip it :) Take it easy k ?

Kejadian ni berlaku time aku dekat asrama . Asrama ? Yeah , dah biasa dah kan kalau dengan benda benda halus ni . Tapi , apa yang terjadi dekat aku ni dah jadi luar biasa bagi aku . Sebab apa ? Nanti dulu , biar aku cerita . Hari apa yang terjadi tu , aku dah tak ingat . Yang penting , ia berlaku dalam minggu ni jugaklah . Masa ? Rasanya dah pukul 3 or 4 pagi kot time tu .

Aku tidur awal time tu . Pukul 11.30 kot time tu . Elok je tidur mula mula . Lepas tu , aku terjaga sebab jiran sebelah katil aku , Dina mengigau . Dia mengigau apa ? Dia cakap "Weyh... weyh" Aku bukaklah mata , pandang Dina . Deyy , mengigau rupanya budak ni .

Tak sampai 3 minit lepas tu , aku ada rasa 'something' usap usap pipi aku . Aku bukaklah mata sikit . Tengok ada tangan . Dalam hati kata "Tangan ? Tangan Dina lah tu kot" . Then , aku tutuplah mata balik . Tak sampai 5 saat lepas tu , aku bukak mata balik . Aku tengok yang Dinanya tidur tak menghadap aku . So , maksudnya disini semua anggota badan dia menghadap berlawanan dengan aku . Ohmyy , habis tu .. siapa punya tangan pulak tadi tu ? Erkk .___.

'Dia' usap pipi aku , lamalah jugak . Adalah dalam masa setengah jam a.k.a 30 minit . Lepas tu , 'tangan' tu terus hilang . Aku pun apa lagi , amik bantal .. terus tutup muka . Seram sejuk je time tu oh .

Mesti korang tertanya tanya 'tangan' tu rasa macam mana kan ? 'Tangan' dia .. tak kasar dan tak lembut . Sedang sedang je rasanya bila kena 'usap' tu . Warna ? Tak nampak , nampak hitam je . Sebabnya time tu dorm tutup semua lampu . So , gelaplah kan ? Jadi , samar samar je sebenarnyaa . Actually , 'tangan' tu dia datang dari arah belakang , antara celah celah tiang dekat katil aku . For your information , aku katil atas . Hmm , cuak gila time tu . Tak terkata kot :3 Lepas kejadian tu , aku demam lah sekejap . Sekejap je , lepas tu elok balik . Maybe demam terkejut mungkin kan ? Hmm .

Oh ya ! Ada lagi satu cerita yang aku nak cerita ni . Tapi kejadian ni berlaku tahun lepas . Time aku form 1 , time aku masih lagi bedu bedu dengan alam sekolah menengah dan jugak asrama :3

Ada satu hari tu , semua dormmates aku dah tidur . Aku sorang je yang tak tidur lagi sebab nak siapkan homework yang berlambak dan yang kena hantar pada keesokkan harinya tu . Aku duduklah dekat depan dorm , buat kerja atas meja dekat tengah tengah tu . Tak lama lepas tu , aku ada nampak 'something' warna macam putih krim krim dari atas sampailah bawak tengah selongkar tong sampah dekat luar depan dorm aku tu .

Kebetulan pulak , tong sampah tu , atas dia ada tingkap . So , bolehlah nampak kan dari dalam . Reaksi aku ? Aku tengok je 'benda' . Tak berkelip pulak . 'Benda' tu pun leka gila 'dia' selongkar tong sampah tu . Tak lama lepas tu , 'benda' tu berdiri tegak menghadap aku . Yang akunya pulak , still tengok benda tu . Dalam hati "Apa benda pulak tu?" . Seriously , time tu langsung tak fikir apa apa . Blank 100% kott :3

Lepas dalam 5 minit aku dan 'dia' bertentangan mata , 'dia' terus lari menuju ke arah toilet . Aku hampir hampir nak pergi dekat pintu dorm , nak bukak .. nak tengok apa 'benda' tu buat . Tapi , nasib baiklah time tu kaki aku rasa malas nak bergerak . Fuhh , selamat . Lepas je dah siap kerja tu , aku dengar pulak 'bunyi' panggil aku . "Shhhhhh shhhhhh" , hampir tiga kali . Nak tahu aku cakap apa ? "Dah lah , aku nak buat kerja ni . Mainlah jauh jauh" percaya tak ? You have to believe it :) Abah yang ajar aku suruh cakap macam tu . Abah kata , jangan takut dengan benda benda macam tu . Lepas tu , 'bunyi' tu terus hilang then aku pun naiklah katil lalu sambung baca novel . Ngeh ngeh :/

Macam tulah ceritanyaaa . Kita tak perlulah takut dengan makhluk makhluk halus ni . Kita hamba Allah dan makhluk halus tu pun makhluk Allah jugak . Takda apa yang beza . Kalau kita takutkan 'dia' , lagilah 'dia' suka wooo . Sebagai pendiding , bacalah ayat Kursi , tiga Qul dengan Al-Fatihah . Minta kekuatan daripadaNya yang Maha Esa :')



Welcome to my blog, dearest stalker. You're on Thini's Planet. So, please be nice here and follow me if you like to. Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back. Enjoy your trip, darling.

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana | Nissa
Owner: Hadheera